Ahad, 15 September 2013


hai banyak pulak dugaan bila nak buat catatan blog nie..internet buat hal lah,Google Chrome xleh buka blog la..macam-macam lagi.. nak curi masa sikit utk update blog.. hati nie teringin sekali nak nyanyi untuk mak tapi apekan daye,mak kat rumah nun jauh disana..lau nak balik kena tempuhi jalan yang rase tunggang kuda padahal naik kereta selama 7 jam.ade orang kata untung la rumah dekat,boleh balik.tp korang lagi untung sebab lau korang balik dalam masa 2 jam je korang dah sampai tapi aku 7 jam baru sampai tau.. haa berbalik dengan niat dihati, mak kameQ teringin sekali mok nyanyi kan sigey lagu tok untuk kitaQ,lagu ya bertajuk "DENGARLAH BINTANG HATIKU'. hah,tak faham dengan ape aku cakap??? ok la aku trenslate la untuk korg, "mak,saye teringin sekali nak nyanyikan satu lagi untuk mak yang bertajuk DENGARLAH BINTANG HATIKU."... mak lagu nie khas untuk mak yang tersayang...

ermm.ermm(sakit pulak tekak nie nak nyanyi) heeeeeeee  :)


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati..

aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
kerana bagiku engkaulah nyawaku

*iklan sebentar bersama kit kat*



aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerana bagi ku engkaulah NYAWAKU...




KameQ akan jaga kitaQ sekuat dan sedaya kameQ
Walaupun kameQ tauk jiwa kitaQ sik kuat
KameQ akan terimak kekurangan dirik kitaQ dan InsyaAllah kameQ sik akan ngeloh
Sebab bagi kameQ kitaQ lah NYAWA kameQ.
Sebab kitaQ lah Nyawa kameQ...



Isnin, 8 Julai 2013

Who should I give my love to...

Who should I give my love to my respect and my honour to
Who should pay good mind to after Allah
And rasulullah.....


Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father


Coz who used hold you and clean you and cloth you
Who used feed you and always be with you
When you were sick stay up all night holding you tight
That’s right no other
My mother

Who should I take good care of giving all my love
Who should I think the must of after Allah
And rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Coz who used hear you before you could talk
Who used to hold you before you could walk
And when you fell who’d pick you up clean your cuts
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close too listen most too
Never say no to after Allah
And rasoolilallah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Coz who used to hug you and buy you new clothes
Comb your hair and blow your nose
And when you cry who’d wipe your tears knows your fears
Whoooo really cares
My mother


Say allhamdulilah thank you Allah
Thank you Allah for my mother & my father.. 















 miss you MoM & DaD



Jumaat, 5 Julai 2013

rollerblade itu hobi aku..

                haaa nie lah hobi aku..main rollerblade,tak pun orang melayu cakap main kasut roda la.. Nak main kasut roda nie senang jugak ar tu pun lau dah reti imbangkan badan.Ada orang kate main kasut nie bahaya,tp bagi aku sangat sangat la seronok.. :) hehehe seronok sangat sampai jatuh,jatuh tak la teruk sangat cuma tangan terseliuh,dan kepala terhantuk sikit je kt jalan tu..pada masa itu cuma Allah je yang tahu ape yang aku rasa..selepas terjatuh tu pandangan aku semuaya gelap tp buat beberapa minit je..Bila balik umah pada mulanya mak tak tahu yang aku jatuh bila main kasut roda,tp bila mak dah tahu boooommmm bom pun meletup,mak berleter sekejap dekat aku..mak berleter tandanya dia sayang la kt anak dia..mak mana tak sayang anak kan..Tapikan kebanyakan orang bila dah jatuh mereka serik nak main lagi,tp bagi aku jatuh tu normal bila main kasut nie.. Alhamdulillah lepas jatuh hari tu,aku jarang jatuh lagi..(alhamdulillah,bkn nak nunjuk tau).

nie la kasut roda aku...ala kasut biase je.... maaf la tak der gambar waktu aku main kasut roda nie.maklum la main sorang-sorang ..seronok tau main kasut roda nie..

        


cara-cara main kasut roda :

1.pertama sekali korang mesti la sesuaikan kasut tu dengan kaki anda,
2.pastu korang cuba berdiri bila dah pakai dan imbangkan badan anda stabil ke tak..k
3.bila dah stabil berdiri tu korang jangan la fikirkan yang anda jatuh,perasaan takut tu korang mesti buang jauh2 lau korang nak main kasut roda nie..
4.dah tu korang cuba berjalan gunakan kasut roda tu.bila dah stabil korang buka kaki anda dan buat bentuk V. lepas tu korang cuba jalankan kasut roda tu sampai pandai n laju.

\heheh tu je tips-tips yang aku tahu..dan setakat tu dulu la aku bg tahu..lain kali aku bagi tahu lagi..k../
lain kali aku masukkan gambar k..hihih



p/s bila korang nak main kasut roda nie :
lau main tolong imbangkan betul2 badan korang.dan berhati-hati la lau main kasut roda tu..jangan sampai jatuh mcm aku..hihihihih  Berlajar dari pengalaman.pengalaman itu adalah satu kenangan..jatuh it's normal bila main kasut nie..

Khamis, 4 Julai 2013

Sahabatku..


-Hakikat kehidupan-
 Hidup ini ibarat main game.semakin lama,makin susahlah level yang perlu kita tempuhi.sama juga macam umur kita.semakin meningkat umur kita(semakin tua),semakin besarlah dugaan yang kita perlu hadapi.Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan kehidupan pada kita.Kehidupan ini juga memerlukan pengorbanan wahai sahabatku..Berkatalah kepada hati,segala yang berlaku ini mengandungi hikmahnya tersendiri yang telah cantik disusun oleh-Nya.Senyumlah walaupun sering diuji,walaupun  kadangkala hati sering memberontak,meronta-ronta dan rasa hati tidak mampu dengan ujian-Nya.Kata orang, Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah. sesungguhnya sabar bukan hanya terhadap penderitaan dan ujian dari-Nya,tetapi sesungguhnya sabar itu memiliki sabar yang luas,dan sabar juga merupakan tangga dalam mendekatkan diri dengan Allah.


Sabda Rasulullah
“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)
“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
 Hidup tak selalu indah sahabatku,tetapi  yang indah itu sentiasa hidup dalam kenangan.Belajarlah dari kesilapan,dari kesilapan kita dapat membantu diri kita membetulkan apa  yang salah  kita lakukan sebelum itu.lagi satu,adakah kau dah lupa kata-kata cikgu Siti 3 tahun lepas.Kata-kata beliau masih segar lagi dalam ingatan ku ini..,Beliau berkata "sebelum melakukan sesuatu kita perlulah pentingkan diri sendiri dulu,padahal saya tahu pentingkan diri sendiri adalah salah satu sikap yang kurang baik tetapi percayalah dengan pentingkan diri sendiri kita mampu berjaya seperti orang yang telah berjaya di luar sana" .tidak mengapa kalau kau dah lupa.Apa-apapun gunalah perkataan "PENTINGKAN DIRI SENDIRI" itu kearah kebaikan,bukan kearah kebongkakan serta keangkuhan..
Sahabat,Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya,masih ada lagi waktu dan  perluang untuk kita cuba perbaiki kegagalan kita.manfaatkanlah masa dan waktu yang masih ada kini. Bangkitlah wahai sahabat,sayang dirimu jauh dengan diriku,(lau dekat dah ku ketok kepala kau biar kau sedar bahawa kita perlu tabah menghadapi segala cobaan-Nya)bukannya terus lemah tak berdaya serta berputus asa sebegitu rupa.Sahabat semua orang mempunyai masalah,dan aku pernah alami masalah yang kau hadapi sekarang ini.Dimanakah NORMA yang ku kenali sebelum ini,NORMA yang ku kenali sebelum ini tidak mudah berputus asa,tabah dan kuat mengharungi segala masalah.Kemanakah hilangnya NORMA yang ku kenal selama ini? ingat NORMA walaupun sesusah manapun hidup dilalui,jangan sesekali mempersoalkan kenapa dirimu diduga begini dan begini.Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya,semakin kuatlah ujian dibuatnya. fikirlah hal-hal yang boleh menggembirakan kamu wahai sahabat agar dirimu sentiasa gembira walaupun hati tangah bergelora..kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah kenal erti mengalah.INGAT sahabat,kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan sesuatu jaminan yang berkekalan lama,Apa yang ada adalah percubaan,cabaran dan perjuangan.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali menghadap illahi.
'' INGATLAH,BERFIKIR SECARA RASIONAL TANPA DIPENGARUHI OLEH NALURI ATAU EMOSI MERUPAKAN  SATU CARA MENYELESAIKAN MASALAH YANG PALING BERKESAN DAN INGATLAH SABAR ITU IMAN,DUIT BUKAN KAWAN,DUNIA HANYALAH PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN..''