-Hakikat kehidupan-
Hidup ini ibarat main game.semakin lama,makin susahlah level yang perlu kita tempuhi.sama juga macam umur kita.semakin meningkat umur kita(semakin tua),semakin besarlah dugaan yang kita perlu hadapi.Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan kehidupan pada kita.Kehidupan ini juga memerlukan pengorbanan wahai sahabatku..Berkatalah kepada hati,segala yang berlaku ini mengandungi hikmahnya tersendiri yang telah cantik disusun oleh-Nya.Senyumlah walaupun sering diuji,walaupun kadangkala hati sering memberontak,meronta-ronta dan rasa hati tidak mampu dengan ujian-Nya.Kata orang, Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah. sesungguhnya sabar bukan hanya terhadap penderitaan dan ujian dari-Nya,tetapi sesungguhnya sabar itu memiliki sabar yang luas,dan sabar juga merupakan tangga dalam mendekatkan diri dengan Allah.
Sabda Rasulullah
“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)
“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
Hidup tak selalu indah sahabatku,tetapi yang indah itu sentiasa hidup dalam kenangan.Belajarlah dari kesilapan,dari kesilapan kita dapat membantu diri kita membetulkan apa yang salah kita lakukan sebelum itu.lagi satu,adakah kau dah lupa kata-kata cikgu Siti 3 tahun lepas.Kata-kata beliau masih segar lagi dalam ingatan ku ini..,Beliau berkata "sebelum melakukan sesuatu kita perlulah pentingkan diri sendiri dulu,padahal saya tahu pentingkan diri sendiri adalah salah satu sikap yang kurang baik tetapi percayalah dengan pentingkan diri sendiri kita mampu berjaya seperti orang yang telah berjaya di luar sana" .tidak mengapa kalau kau dah lupa.Apa-apapun gunalah perkataan "PENTINGKAN DIRI SENDIRI" itu kearah kebaikan,bukan kearah kebongkakan serta keangkuhan..
Sahabat,Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya,masih ada lagi waktu dan perluang untuk kita cuba perbaiki kegagalan kita.manfaatkanlah masa dan waktu yang masih ada kini. Bangkitlah wahai sahabat,sayang dirimu jauh dengan diriku,(lau dekat dah ku ketok kepala kau biar kau sedar bahawa kita perlu tabah menghadapi segala cobaan-Nya)bukannya terus lemah tak berdaya serta berputus asa sebegitu rupa.Sahabat semua orang mempunyai masalah,dan aku pernah alami masalah yang kau hadapi sekarang ini.Dimanakah NORMA yang ku kenali sebelum ini,NORMA yang ku kenali sebelum ini tidak mudah berputus asa,tabah dan kuat mengharungi segala masalah.Kemanakah hilangnya NORMA yang ku kenal selama ini? ingat NORMA walaupun sesusah manapun hidup dilalui,jangan sesekali mempersoalkan kenapa dirimu diduga begini dan begini.Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya,semakin kuatlah ujian dibuatnya. fikirlah hal-hal yang boleh menggembirakan kamu wahai sahabat agar dirimu sentiasa gembira walaupun hati tangah bergelora..kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah kenal erti mengalah.INGAT sahabat,kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan sesuatu jaminan yang berkekalan lama,Apa yang ada adalah percubaan,cabaran dan perjuangan.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali menghadap illahi.
'' INGATLAH,BERFIKIR SECARA RASIONAL TANPA DIPENGARUHI OLEH NALURI ATAU EMOSI MERUPAKAN SATU CARA MENYELESAIKAN MASALAH YANG PALING BERKESAN DAN INGATLAH SABAR ITU IMAN,DUIT BUKAN KAWAN,DUNIA HANYALAH PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN..''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan